Saraa Areecy
Owner Blog

Hai. Assalamualaikum.



Link


Akhirnya

Cepatnya kau berubah wahai sayang. Sekarang kau tiada lagi disisi. Tiada lagi untuk menemaniku disaat aku sepi. Aku sunyi. Tapi aku takpernah merungut. Kau selalu bagi harapan palsu dikala kau berkata "kejap lagi bie text" Tapi kau tak muncul'2 sehingga aku sendiri terasa mengantuk lalu tidur. Hati ini dah tak mampu untuk menipu. Hati ini dah tak kuat untuk menanggung semua ni. Memang kau busy. Kau busy dengan kerja kau, tapi dulu kau ada saja masa untuk layan aku. Sekarang? Sekejapnya saat manis tu pergi. Aku terasa kita dah jauh. Jauh dari sudut hati, sayang, rindu dan cinta. Memang kita jauh tapi aku takpernah rasa kita jauh disaat kau temani aku. Sayang, hati ini semakin berubah. Hati ini terasa ingin pergi jauh, jauh dari sisi kau tapi hati ini tak mampu. Sayang, jujur lah jika kau sudah berubah hati. Tamat kan luka dihati. Jujur. Biarlah kau hilang dulu dari hidup aku sebelum aku hilang dari hidup kau. Sayang, kau memang tak kan pernah faham aku. Kau takkan pernah rasa apa yang aku rasa selama ini. Sayang, aku sunyi. Sunyi disaat kau tiada disisi untuk menceriakan hariku dengan setiap kata'2 manismu. Sayang, penatnya. Sakitnya. Cinta memang indah, tapi cinta juga menyakitkan kita. Mungkin aku terlalu sayang, dan sebab itu lah aku terlalu sakit. Sayang, aku selalu berharap benar apa yang kita impikan. Terlalu berharap. Mungkin harapan aku sampai disini. Mungkin. Aku pujuk hatiku untuk aku kuat menyayagimu. Kadang'2 kita terpaksa menyintai seseorang dari jauh dan meninggalkannya di tangan tuhan. Mungkin juga kau bosan dengan kehidupan kau sekarang? Aku terlalu mengongkong? Kerana aku sayang dan takut kehilangan kau. Dahulu kita kawan, tapi dalam kawan ada rasa suka. Dalam suka ada rasa rindu dan dalam rindu ada rasa sayang. Dengan perasaan macam tu kita bercinta. Tapi mungkin kau mahu kejar bahagia kau dengan orang lain? Aku doakan yang terbaik. Kau selalu berasa diri kau betul. Takut untuk mengaku salah. Takut untuk mengaku kalah. Kuatkan ego kau selagi kau rasa kau betul. Aku cuba pujuk air mata dari keluar dan terjah ke pipi. Tapi air mata degil. Kini aku hanya mampu mendiamkan diri. Maaf